Rabu, 20 Mei 2009

HATI DAN PERASAAN

Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang
salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya
menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur
dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.
Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka
tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu
terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untukkita.
Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan
berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa
itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.Memang benar yang kita tidak
akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya
dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan
sehinggalah 'ia' datang.
Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu
kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali! Jangan
harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka
tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di
dalam hati anda.
Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati
pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk
menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup
untuk melupakan seseorang.
Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan
kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma
memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram.
Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum. Akan tiba satu
ketika di dalam kehidupan apabila anda teramatkan rindukan seseorang
sehinggaanda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar.
Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan
jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu
peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan. Semoga anda memiliki
kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk
membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan
dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia.
Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang.Jika anda rasa ianya menyakitkan anda,
fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga. Kebahagiaan seseorang manusia tidak
semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam
hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka. Kebahagiaan terletak kepada
mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba.
Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yangtelah menyentuh hidup mereka.
Cinta bermula dengan senyuman,
mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan. Masa depan yang
cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan.
Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda
melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam. Semasa anda
dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda
supaya apabila anda mati nanti, andalah
yang kan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis.

Sampaikan pada sebanyak mana orang yang tersayang,tanda
peringatan anda pada mereka....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan